Sambutan Karipap-Karipap Cinta (filem)

Kutipan

Kutipan bagi filem ini agak perlahan pada seminggu tayangan diadakan. Selepas tamat tayangan, filem ini tidak berjaya membawa balik pualangan modal dan hanya mendapat RM 190,000 sahaja. Faktor untama kegagalan filem ini tidak diketahui[2]. Tetapi, rata-rata menyatakan boikot terhadap pelakon filem utamanya, Gambit, atas keceluparan mulut beliau yang memaki orang yang tidak memahami karyanya. Selain itu, mereka turut menyatakan sentuhan Othman Hafsham kurang menjadi dan percaturan meletakan pelakon baru dalam filem ini kelihatan gagal[3].

Keseluruhan

Keseluruhan filem ini dilihat tidak mahu meninggalkan impak myang berjaya diraih hasil daripada kejayan siri novelnya. Ini mungkin kerana penulis lakon layar ini merupakan penulis novel tersebut, kemungkinan beliau ingin pengikut novel ini tidak merasa seolah-olah ada yang berbeza daripada novel tersebut. Filem ini berjaya ditangani oleh pengarahnya, Othman Hafsham. Ternyata beliau masih belum hilang sentuhan walaupun hampir 11 tahun beliau tidak mengarah sejak filem terakhirnya, Soalnya Siapa. Lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon utama filem ini (Gambit dan Melia) boleh dikatakan sedikit berjaya menghidupkan jalan cerita ini. Pelakon senior yang tidak asing lagi, Eman Manan berjaya menghidupakn sisi lain watak beliau dengan membawa watak tersebut.

Keraguan dalam filem ini timbul apabila sisi islamiah keluarga Sarah tidak ditonjolkan dalam filem ini. Kelihatan Sarah dan keluarga tidak berjaya digambarkan dalam filem dan hanya berjaya dalam novel[4].

Dari sudut visualisasi, filem ini berjaya memaparkan suasanan yang boleh menenangkan hati penonton. Permulaan cerita yang bermula dengan Chef Wan membuat resepi berjaya menyuntik rasa indah tentang perhubungan.